Fakta Pelik...
Senarai di bawah ialah tujuh fakta pelik yang menarik untuk diketahui.
- Dalam tempoh 18 bulan, dua ekor tikus boleh membiak lebih dari SEJUTA ANAK TIKUS.
- Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk ialah MADU.
- Setiap lipstik mengandung SISIK IKAN.
- Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah MOHAMMED.
- Persamaan di antara BAJU KALI PELURU, PRINTER LASER, TANGGA KECEMASAN dan WIPER KENDERAAN ialah semuanya ditemui oleh perempuan.
- Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan BAKTERIA dalam telinga sebanyak 700 KALI GANDA.
- Siput boleh tidur selama 3 TAHUN.
- Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
- Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
- Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.
- Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
- Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
- Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.
- Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km.
20 Fakta Menarik Yang Korang Tak Tau
- Ahli falsafah Greek, annximander adalah orang yang pertama sekali menafikan bumi ini rata. Lelaki itu mengemukakan pendapatnya bahawa bumi ini bulat, pada 560 Sebelum Masihi (SM). Ideanya itu mulanya ditentang oleh golongan cendikiawan dan agama, tapi akhirnya sedikit demi sedikit mendapat sokongan masyarakat.
- Pada 350 SM, konsep bumi ini bulat semakin diterima umum, cuma mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh. Bukti yang dicari-cari itu hanya menjelma 18 kurun selepas itu apabila Ferdinand de Magellan melengkapkan misi pelayarannya mengelilingi bumi. Pada ketika itu, tiada siapa lagi meragui bahawa bumi ini bulat, ia tidak ada penghujungnya.
- Air terjun tertinggi di dunia berada di Venezuela (Amerika Selatan) dengan ketinggian 988.31 meter. Ia 18 kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara di Kanada (Amerika Utara)
- Landak ialah haiwan yang mempunyai banyak duri di seluruh tubuhnya. Duri ini digunakan sebagai alat pertahanan diri ketika diserang musuh. Untuk pengetahuan anda, seekor landak dewasa mempunyai lebih 30,000 duri di seluruh tubuhnya.
- Lembu adalah haiwan yang buta warna. Oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya sama ada kain merah atau kuning.
- Seekor rama-rama merasa makanannya dengan menggunakan kaki dahulu sebelum mengunakan lidahnya. Ini kerana deria rasa rama-rama terlekat pada kakinya.
- Nama Kanggaru terhasil bila beberapa pengembara kulit putih ternampak seekor binatang yang terlompat-lompat di hadapan mereka. Bila ditanya pada Orang Asli di sana, apa nama binatang itu, Orang Asli tersebut menjawab 'Kanguru' (bermaksud 'tak tahu'). Kanggaru tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ini kerana ekornya berfungsi sebagai spring semasa melompat.
- Nama tempat paling singkat di dunia terdapat di Perancis dan Jepun. Tempat tersebut hanya menggunakan satu huruf sahaja iaitu 'Y' dan 'O'.
- Drama pertama yang pernah dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 sebelum Masihi. Ini bermakna lebih 5,000 tahun yang lalu. Skrip drama tersebut telah dijumpai oleh seorang arkeologi di Luxor, Mesir pada tahun 1895 yang ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan sehingga kini.
- Lohong semula jadi yang terletak di Kaveri, daerah Deewa, Madhya Pradesh, India merupakan lohong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 300 meter dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang semula jadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luar biasa.
- King Richard II dari England (1367 - 1400) adalah orang pertama yang menggunakan sapu tangan di dunia. Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan lubang hidungnya.
- Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah huruf 'E' manakala 'Q' adalah huruf yang paling kurang digunakan. Kalau tak percaya , beli surat akhbar berbahasa Inggeris dan semaklah sendiri.
- Seorang kanak-kanak boleh menghabiskan banyak masa untuk mempelajari sesuatu yang baru melalui TV. Tetapi purata seorang kanak-kanak menghabiskan masanya menonton TV adalah kira-kira 28 jam seminggu, iaitu sama banyak dengan masa mereka di sekolah.
- Jika anda mengira tanpa henti selama 24 jam sehari, ini bermakna anda perlu mengambil masa selama 31,688 tahun untuk sampai ke angka satu trilion!
- Pada tahun 1876, Alexander Graham Bell menjadi manusia yang paling berjaya di dunia apabila mencipta telefon pada masa itu. Bagaimanapun, dia tidak pernah menggunakan telefon untuk berhubung untuk berhubung dengan isteri dan ibunya sebab mereka berdua pekak.
- 16.'Rhythm' dan 'syzygy' adalah perkataan yang paling panjang dalam bahasa Inggeris tanpa huruf vokal.
- Pada sepanjang masa, terdapat 18,000 kilat yang masih dalam proses pembentukan di atas atmosfera bumi ini. Apabila menghentam bumi, kilat membawa bersamanya kuasa elektrik setinggi 100 juta volt! Satu lagi fakta berkaitan bumi; Satu batu (1.6 kilometer) padu kabus, yang kita lihat begitu besar dan hebat di langit, sebenarnya dihasilkan oleh kurang daripada segelen air.
- Pelangi terbentuk apabila matahari berada 40 darjah atau kurang, di atas garis horizon.
- Tahukah anda seekor kucing hanya boleh melihat dua warna sahaja iaitu hitam dan putih.
- Tahukah anda, nama terpanjang didunia pula di sebuah bukit di New Zealand iaitu 'Taumataw hakatangi ihangakoau auotama teaturipukak pikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu'.
10 Khasiat Tersembunyi Bagi Penggemar Tempe
Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut :
1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).
2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.
4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!
7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.
9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.
http://my.entertainment.yahoo.com/
PERBEZAAN KOLAR PUTIH & KOLAR BIRU
KOLAR BIRU
Pekerja kolar biru merupakan pekerja yang mengerjakan kerja - kerja manual. Ia biasanya berbeza dengan kelas pekerja yang lain seperti pekerja kolar putih dan sebagainya.
pekerja kolar biru biasanya merupakan seorang pekerja mahir dan pekerja tak mahir dan terlibat dalam industri perlombongan,pembinaan,perniagaan,kerja mekanikal, dan kerja-kerja pembaikan.
KOLAR PUTIH
Pekerja kolar putih merujuk kepada pekerja yang melakukan pekerjaan yang tidak melibatkan kerja manual. Ia berlawanan dengan pekerja kolar biru.
kerja yang dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian dan sebagainya iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga);
JENAYAH KOLAR PUTIH
Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Disebabkan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang berstatus tinggi dalam pekerjaan, jenayah kolar putih bertindan dengan jenayah korporat kerana kesempatan untuk melakukan penipuan, rasuah, perdagangan orang dalam, penggelapan wang, jenayah komputer, pencurian identiti, dan pemalsuan lebih mudah dibuat oleh pekerja kolar putih.
GAMBAR beza kolar putih & biru
Si Kolar Putih dan Si Kolar Biru
Kolar Putih kerjanya lebih ekslusif. Di dalam ofis selain melibatkan diri dalam dokumen, pendek kata dalam ruang lingkup pejabat. Manakala si Kolar Biru pula lebih kepada co worker dalam industri atau field. Kuli atau mungkin si pengais pagi makan pagi, petang makan petang.
Skeptikal memandang hina pekerja pengutip sampah sangat tipikal dalam masyarakat kita.
Tapi bagaimana kalau ‘sampah’ itu sendiri dilakukan oleh mereka yang berkolar putih?
Busuknya tidak berbau
Tetapi tetap disanjung.
Pangkat dah makin tinggi kadang-kadang membuatkan manusia buta…
Minum air tin, tin nya usahkan di buang ke dalam tong, diletak sahaja kat sebelah tepi tempat dia duduk.
Makan kuih-kuih/keropok lekor, selamba saja buang plastic bungkus tu kat atas tanah.
Kesedaran harus lah ada di dalam diri tidak kira anda kolar putih atau kolar biru.
sumber dewan bahasa etc.