Liang Zifu 84 tahun dan Isterinya Li Suying 77 tahun, pasangan ini diketahui tinggal di dalam gua selama 54 tahun. Kerana tidak berkemampuan memiliki sebuah rumah, pasangan ini nekad untuk pindah dan tinggal di sebuah gua di daerah Nanchong, Tiongkok, China.
Anda mungkin tidak percaya pada zaman berteknologi hari ini masih ada lagi orang yang tinggal di dalam gua. Tapi inilah realiti kehidupan jika keadaan mendesak, lebih-lebih lagi faktor ekonomi.
Tidak berkemampuan bukan alasan untuk tidak mempunyai sebuah rumah sendiri. Setelah memasuki 3 tahun perkahwinan, Liang secara tidak sengaja menemukan gua ini dan mula berfikir untuk menjadikannya sebagai tempat tinggal.
Liang kemudian mula membersihkan kawasan gua ini dan membuat dekorasi dengan menambah beberapa ruang untuk dijadikan bilik. Tidak disangka selama 54 tahun, gua inilah yang menjadi tempat perlindugan mereka sekeluarga dalam membesarkan anak-anak.
Lubang-lubang besar di gua ini cukup untuk dijadikan 3 bilik, ruang tamu dan dapur. Maka kawasan selebihnya dijadikan tempat untuk anak-anak mereka bermain.
Yang uniknya, gua ini juga dilengkapi dengan kemudahan elektrik, ini membolehkan Liang menggunakan peralatan elektrik dalam rumah mereka.
Untuk memenuhi keperluan harian, Liang mengendalikan hasil sawah kepunyaan mereka yang terletak di kawasan atas gua. Selain itu, mereka juga ada menternak ayam dan khinzir.
Walaupun penduduk setempat cuba memujuk mereka untuk berpindah ke tempat lain yang jauh lebih baik, namun mereka menolak dengan alasan sudah selesa dan berasa aman dengan rumah gua yang dihuni sejak puluhan tahun ini. Kudus!
Antara alasan lain ialah kerana Liang selesa dengan suhu di gua ini. Bila musim panas, gua ini akan terasa sejuk manakala bila tibanya musim sejuk, gua ini akan terasa hangat.
Meskipun hanya tinggal di dalam gua, ternyata mereka sebenarnya sangat bahagia menikmati hidup serba sederhana ini