Kepada ibu bapa kalau ternampak alat permainan begini, minta
jangan dibeli. Kebanyakan memang dah diharamkan. Mungkin masih ada
djual under "rare items".
10. Fisher-Price Power Wheels Motorcycle
Ramai kanak2 patah kaki, tangan dan terseliuh akibat jatuh dari motosikal ini kerana kelajuannya.
9. Aqua – Dots
Bahaya kerana: manik manik kecil yg berwarna warni membuatkan kanak2
cuba memasukkannya ke dalam mulut. Terdapat bahan kimia yg kuat dan
menyebabkan sesak nafas & sawan dengan hanya menjilat manik
tersebut. Diharamkan pada tahun 2007.
8. Sky Dancers Flying Dolls
Anak patung keras yg direka khas utk terbang tidak mempunya kawalan.
Boleh terbang ke mana mana arah hala tuju dengan kelajuan yg luar biasa
sekaligus menyebabkan kecederaan. 150 rekod kecedaraan termasuk buta,
patah gigi & luka pada muka dan seluruh badan. Hampir 9 juta unit
ditarik balik oleh pengeluar Galoob Toys pada tahun Jun 2000.
7. Easy Bake Oven – Hasbro
Penutup depan ketuhar ini memerangkap jari si manja ketika si manja
ingin mengambil bahan yg telah dimasak. Menyebabkan seorang kanak2
berusia 5 tahun putus jari. Kes lain yg dilaporkan seperti lebam
tangan.Hasbro berhenti pengeluaran pada tahun 2007 (baru lagi nih).
6. Snacktime Cabbage Patch Dolls – Mattel
Terkenal pada tahun 80an – 90an. Mempunyai rahang otomatik yg akan
mengunyah apa sahaja yg dimasukkan ke dalamnya. 35 kes kecederaan jari
dilaporkan. Diharamkan pada tahun 1997.
5. Battlestar Gallactica Missile Launcher
Dilancarkan pada tahun 1978. Tahun 1979 dilaporkan seorang kanak-kanak
meninggal dunia selepas tercekik pada salah satu alat pelancar peluru
berpandu.
4. Chicken Limbo Party Time
Dikeluarkan oleh Milton Bradley. Permainan ini tidak mempunyai tiang yg
kukuh oleh itu apabila di sentuh kuat sedikit ia akan runtuh pada kanak
kanak yg berada di bawah atau orang-orang berdekatan. 46 kes dilaporkan
menyebabkan kecederaan seperti lebam, patah gigi & patah kaki &
tangan. Diharamkan pada tahun 2006.
3. Clackers
Beberapa laporan cedera & lebam di muka, mata dan tangan ketika
bermain. Kerana ianya diperbuat dari kaca, bolanya berat menyebabkan
jatuh ke lantai dan mudah pecah. Diharamkan pada tahun 1981.
2. Mini Hammocks – EZ Sales
Untuk kanak kanak yg suka di buai dan berehat di atasnya. 12 kematian
dipastikan ketika naiki buaian ini. Punca kematian adalah seperti lemas,
terjerut & jatuh. Jualan mencecah 3 juta. Di haramkan pada Ogos
1996.
1.Jarts - Lawn Darts
Alat permainan paling bahaya di dalam sejarah. sepatutnya dilontarkan
pada permukaan rumput sahaja. Alart permainan dart ini boleh munusuk ke
mata, dan anggota badan sesiapa saja yg bermain dengannya. 6700
kecederaan termasuk buta dan 4 kematian di laporkan. Di haramkan
selama-lamanya bermula pada tahun 1988.
Monday, January 28, 2013
Friday, January 25, 2013
Di Sebalik Permainan Kanak-Kanak Popular..
Setiap jenama mempunyai sejarah yang tersendiri.
Sebelum mereka muncul sebagai sebuah barangan yang menjadi kegunaan
ramai, mereka memerlukan sebuah paten bagi menjamin jenama mereka
daripada menjadi bahan ciplak. Bahkan, mendiang Micheal Jackson
menyedari hakikat ini dan beliau turut memiliki paten sendiri.
Monopoly
Bermula dengan paten yang diberi nama ‘The Landlord Game’, Elizabeth J. Magie Phillips mendaftarkan paten tersebut pada tahun 1903. Permainan tersebut mula dikomersialkan pada 1923 setelah Parker Brothers menukar namanya kepada Monopoly. Permainan tersebut terus mendapat tempat di hati kanak-kanak dan ia kekal menjadi pilihan ibubapa untuk mendidik anak-anak bagaimana untuk menjadi seorang yang bijak mengendalikan wang.
Lego
Salah sebuah permainan kanak-kanak paling popular di dunia, Lego bermula daripada seorang tukang kayu daripada Denmark, Ole Kirk Christiansen. Christiansen mula menghasilkan patung yang diperbuat daripada kayu sejak daripada tahun 1932. Walaubagaimanapun, Lego hanya dipatenkan pada 24 Oktober 1961. Nama Lego(Leg Godt) diperkenalkan pada 1934 yang membawa maksud ‘main dengan baik’ dalam bahasa Denmark. Lego masih popular sehingga ke hari ini dek kerana ketahanan dan menguji daya kreatif kanak-kanak.
Barbie Doll
Bermula dengan idea menghasilkan patung untuk orang dewasa, walaubagaimanapun Barbie Doll lebih menarik minat kanak-kanak untuk memilikinya. Sejarahnya bermula apabila Ruth Handler yang juga isteri kepada salah seorang pengasas Mattel Toy Company, Elliot Handler mencadangkan kepada suaminya berkenaan projek patung bagi orang dewasa. Miskipun demikian, suaminya tidak berminat dengan idea tersebut.
Namun, segalanya berubah apabila Ruth Handler dan suami melancong ke Jerman pada 1959. Mereka melihat bagaimana patung Bird Lili mendapat tempat di hati masyarakat Jerman. Suami Ruth Handler mula berubah fikiran dan menjadi tulang belakang utama untuk menghasilkan patung tersebut. Ia mula dipatenkan pada 24 Julai 1959 dan diperkenalkan pada 9 March 1959 di American International Toy Fair. 9 March 1959 dipilih sebagai tarikh lahir kepada patung yang menjadi idaman setiap kanak-kanak.
The Slinky
The Slinky mungkin kelihatan paten yang cukup pelik. Namun ia menjadi pilhan kanak-kanak untuk bermain dengan rakan-rakan mereka. Ia dicipta dan dipatenkan oleh seorang jurutera tentera laut, Richard James pada awal 1940-an. Pada hari pertama dijual, stok yang memiliki 400 biji habis dijual hanya dalam masa 90 minit. Dalam 60 tahun pertama sejak ia diperkenalkan, sebanyak 300 juta stok telah habis dijual.
Nintendo Gameboy
Permainan moden ini menjadi pilihan kanak-kanak sejak ia diperkenalkan pada 1989. Nintedo dipatenkan pada 9 Februari 1993 dan ia adalah salah satu permainan komputer pertama yang diperkenalkan di dunia.
G.I Joe
Sepertimana Barbie Doll yang popular di kalangan kanak-kanak perempuan, G.I Joe pula menjadi pilihan kanak-kanak lelaki. G.! yang membawa maksud Goverment Issue menjadi terma popular di Amerika Syarikat yang mana ia merujuk kepada anggota tentera US. Lengkap dengan baju celoreng dan senjata api, G.I Joe menjadi impian setiap kanak-kanak lelaki.
Etch A Sketch
Etch A Sketch mungkin adalah permainan kanak-kanak terawal yang paling kreatif pernah dihasilkan. Ia mula dipatenkan pada 23 Julai 1959 dan diperkenalkan sejak daripada tahun 1960-an. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk menambat hati kanak-kanak di seluruh dunia. Saban tahun ia semakin popular dan pada tahun 2003, Etch A Sketch dipilih oleh Toy Industrial Association sebagai salah satu permainan kanak-kanak paling diingati dan kreatif pada abad ke-20.
(20 Gambar) Koleksi Gambar "Rare"
(20 Gambar) Koleksi Gambar "Rare", Tak Tengok Rugi
Bukan senang nak tengok gambar-gambar rare camni.. Ini yang tulen, bukan rekaan tau.. Jom terjah..
Albert Einsten
Komputer Pertama
Staff Google Yang Pertama
Mc Donalds Yang Pertama
John Lennon
Titanic Semasa Di Pelabuhan
Madona, Sting dan 2Pac
Gambar The Beatles Yang Rare
Osama Bersama Keluarganya
Titanic Di Dasar Laut
Dinding Berlin Di Robohkan
Bandar Brazil Zaman Dahulu
Charlie Chaplin dan Gandhi
Chuck Norris dan Bruce Lee
Botol Coca Cola
Transkrip Diploma Albert Einstein
Elvis Dalam Tentera
Che Guevara dan Fidel Castro
Monday, January 21, 2013
Rahsia Baju T-Shirt?
Tahukah anda bahawa lukisan pada T-shirt yang kita pakai hari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya?
Mungkin pada fikiran anda biasa sahaja atau untuk suka-suka.
Tetapi bagi sesetengah orang yang melihatnya, mereka menterjemahkan T-shirt yang kita pakai sebagai imej atau peribadi sebenar anda.
Namun ini semua tidaklah 100% betul.
Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.
Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik
Anda gemar memakai T-shirt yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan sebagainya.
Ini menunjukkan anda suka mengembara dan aktiviti lasak.
Di samping itu anda juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas.
Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, anda memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama.
Anda juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.
Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock
Sudah menjadi perkara biasa bagi remaja memakai T-shirt dengan gambar personaliti atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Metallica,Iron Maiden, Nsync, XPDC, Cromok dan sebagainya.
Anda digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja.
Anda juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai anda.
Kalau anda gemar memakai T-shirt dengan gambar heavymetal, anda merupakan seorang yang nakal dan degil.
Anda megah dengan sikap demikian.
Kalau anda suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan anda sukakan sesuatu yang baru.
Lain pula kalau anda suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan anda seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.
Gambar Iklan
Ini menggambarkan anda seorang yang mudah mesra dan peramah.
Dalam kehidupan seharian pula, anda seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa anda seorang yang kedekut.
Dalam soal berfesyen, anda merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan.
Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan anda sebagai seorang yang ketinggalan zaman.
Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan
Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, anda dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal.
Anda juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul.
Namun tertanam juga sifat positif iaitu anda juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan anda sahaja.
Gambar Kolej Atau Universiti
Jika anda seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan anda benar-benar menghargai kolej anda.
Sesuailah sekiranya anda menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan anda seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan.
Anda juga sangat menghargai status dan taraf sosial.
Gambak Lukisan Tangan
Anda digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga.
Anda juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian.
Malah anda mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.
Gambar Dengan Warna Neon
Anda sebenarnya ingin menjadi tumpuan.
Anda mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri anda.
Individu yang gemar memakai T-shirt seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan.
Rakan-rakan sekeliling anda juga begitu memerlukan anda.
Tapi berhati-hati.
Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari anda.
Gambar Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun
Anda digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan.
Anda tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka.
Anda juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan.
Dari segi pergaulan, anda senang diajak bergurau dan berjenaka.
Tak mudah ambil hati atau merajuk.
Kemaja T Yang Ketat
Jika anda suka memakai kemeja T jenis ini, anda digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain.
Juga seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky.
Anda jarang menunjukkan imej anda yang sebenarnya.
Walaupun demikian, dalam urusan kerja anda lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.
Kemeja T Anda Longgar Dan Koyak
Anda benci sikap hipokrit.
Anda seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun.
Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup anda.
T-shirt Kosong
Jika anda sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan anda suka bersendiri dan berahsia.
Apa sahaja rahsia yang anda terima, hanya anda sahaja yang mengetahuinya.
Walaupun demikian, sikap anda sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja.
Anda bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)