10 Sejarah Kopi Yang Anda Perlu Tahu
   
   
   
  
  
  
   
   Kopi ialah minuman utama dunia selain teh. Aromanya cukup membuatkan 
 kita terangsang dan kepahitannya cukup untuk membuatkan badan kita  
terasa segar. Namun tahukah anda dari mana datangnya benih kopi ini? Dan
  bagaimanakah ia diperkenalkan sebagai minuman? Hari ini saya  ingin 
berkongsi 10 Fakta Menarik Tentang Kopi.
Kambing Menari
Legenda menarik tentang kopi bermula dengan kambing. Semasa zaman  
Euthopia, gembala kambing mula tertarik dengan kopi sewaktu melihat  
kambing-kambingnya menjadi lincah dan 'berjoget-joget' akibat memakan  
buah kopi. Kesan kafein dalam kopi membuatkan kopi itu lain daripada  
yang lain.
Bukan Minuman
Asalnya biji kopi adalah sesuatu yang dimakan. Puak-puak di Afrika  
mencampurkan buah kopi dengan bahan berlemak untuk dijadikan makanan  
dalam bentuk bebola. Kegunaannya adalah untuk memberi tenaga.
Kebangkitan Islam
Islam sangat menyumbang kepada kepopularitian kopi kerana sewaktu itu arak diharamkan namun tidak pada kopi.
Bean Belt
Bean Belt merujuk kepada kawasan tropika dan khatulistiwa di mana  hanya
 negara di garisan ini sahaja yang mengeluarkan kopi. Hawaii  adalah 
satu-satunya negeri di Amerika yang mengeluarkan kopi.
Kedai Kopi Diharamkan di England
Pada tahun 1675, Raja England menitahkan semua premis kopi ditutup dan  
diharamkan kerana baginda mempercayai bahawa kedai kopi adalah sarang  
konspirasi terhadap pemerintahnnya.
Beza Arabica dan Robusta
Tahukan anda 70% kopi yang diminum di seluruh dunia adalah Arabica, kopi
 yang lebih halus dan beraroma tinggi manakala selebihnya adalah 
Robusta, kopi yang lebih pahit dan mempunyai kafein 50% lebih tinggi 
berbanding Arabica. 
Permintaan Kopi
Untuk pengetahuan semua, kopi adalah komoditi kedua tertinggi yang didagangkan. Yang pertama adalah Petroleum.
Proses Kopi
Kopi bermula daripada buah-buah kopi yang merah menyala. Kemudian ianya 
 dipetik, dikeringkan dan dikupas sehingga yang tinggal adalah biji kopi
  yang hijau. Selepas itu ia akan dipanggang dengan suhu 500F atau 260  
darjah celcius. Beberapa minit kemudian biji kopi akan meletup seperti  
bertih dan mengembang dua kali ganda dari saiznya. Kemudian beberapa  
minit lagi kopi akan meletup semula. Letupan kedua bermaksud biji kopi  
itu sudah siap untuk dijadikan kopi.
Kopi Segera Lahir Pada Zaman George Washington
Tahukan anda bahawa kopi segera yang berada digondola-gondola shopping 
mall ini  berasal hanya daripada seorang lelaki biasa di Guatemala yang 
berbangsa  Belgian. Kopi segera mula diperkenalkannya pada tahun 1906 
iaitu semasa  pemerintahan George Washington.
Ekspresso
Espresso dibaca dengan 3 suku kata E-Spress-Oh. Nama ini bukanlah  
merujuk kepada jenis kopi, teknik panggang atau kisar. Ia adalah  
sejenis teknik membancuh kopi.
Americano pula berasal dari glosari Amerika sewaktu Perang Dunia Kedua, 
 dimana ia dibancuh seperti ekspresso namun dicairkan sedikit dengan air
  atas permintaan mereka semasa perang.
Jadilah selepas anda meminum apa jua kopi selepas ini anda pasti akan tersentum lebar kerana anda tahu sejarah kopi tersebut.