Wednesday, March 13, 2013

Seni Fesyen Yang Sangat Pelik di Afrika




Walaupun sangat pelik bagi yang pertama kali melihatnya, namun pakaian tersebut mempunyai nilai seninya yang tersendiri jika dilihat dari segi corak pada pakaian tersebut dengan menggunakan manik-manik yang disulam dalam pelbagai bentuk.

Pakaian ini telah diperagakan dalam satu festival tahunan di bandar Ouidah untuk menyambut hari keagamaan mereka yang dikenali sebagai Benin's mysterious voodoo.Setiap tahun perayaan ini akan berlangsung selama seminggu dengan penglibatan penduduk dari seluruh Benin serta Togo dan Nigeria.

Festival yang bermula pada tahun 1997 ini akan dimulakan dengan upacara penyembelihan sekor kambing untuk dipersembahkan kepada 'Roh' mengikut kepercayaan mereka, manakala pengikut yang lain akan berkumpul sambil menyanyikan lagu keagamaan mereka beramai-ramai.