Wednesday, December 5, 2012

Iklan kereta – Ogos 1957

Iklan kereta – Ogos 1957

Iklan kereta di bawah ini di scan dari akhbar The Straits Times terbitan bulan Ogos 1957. Waktu itu jenama kereta dari Jepun seperti Toyota, Datsun, Honda, Mazda dll masih belum kedengaran. Kalau pun ada, orang kita bukan saja tak pandang sebelah mata malah mereka menggelar kereta Jepun sebagai kereta ‘tin milo’.

20 tahun selepas merdeka, Toyota KE10/KE20, Datsun (Nissan) 120Y, Mazda 1,000/Mazda Capella, Honda Civic (kereta Jepun pertama menggunakan sistem front-wheel-drive) menjadi pilihan.

Dengan kebanjiran kereta-kereta dari Jepun, satu demi satu jenama dari benua Eropah nazak, dan ada yang terus berkubur.

Posting ini diharap dapat mengembalikan kenangan kezaman di mana hanya sebilangan kecil rakyat tempatan mampu memiliki kenderaan.

Bumper, radiator grill dan bingkai lampu berkrom



Hub cap berkrom adalah trend era itu



Column Gear atau gear di batang steering adalah sesuatu yang normal



Sealed Beam – lampu bulat diperbuat dari kaca tak pudar macam lampu hari ini yang diperbuat dari plastik




Kenapa bonnet kereta zaman dulu panjang dibanding dengan kereta hari ini?



Kereta zaman dulu digerakkan oleh roda belakang dengan perantaraan Rear Axle - Drive Shaft yang disambung kepada Gearbox/Engine di hadapan, oleh itu injin terpaksa dipasang memanjang (longitudinal mounted)




Suatu masa dulu kereta Peugeot 404 dan 504 banyak digunakan sebagai Outstation Taxi