Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon
selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh
Google berdasarkan sistem perisian
LINUX
dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma
yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan
Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34
syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola,
Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis
aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000
aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan
peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
Sejarah Android
Kerjasama dengan Android Inc.
Pada Julai 2000, Google bekerjasama dengan Android Inc., Syarikat yang
berada di Palo Alto, California Amerika Syarikat. Para pengasas Android
Inc. bekerja dengan Google, di antaranya Andy Rubin, Rich Miner, Nick
Sears, dan Chris White. Pada masa itu banyak yang menganggap fungsi
Android Inc. hanyalah sebagai peranti perisian telefon bimbit. Sejak
dari itu muncul khabar angin bahawa Google hendak memasuki pasaran
telefon bimbit. Di syarikat Google, pasukan yang dipimpin Rubin bertugas
mengembangkan program peranti bimbit yang disokong oleh kernel Linux.
Hal ini menunjukkan kesungguhan bahawa Google sedang bersiap menghadapi
persaingan dalam pasaran telefon bimbit.
2007-2008 :
Produk awal
Sekitar September 2007 sebuah kajian melaporkan bahawa Google mengajukan
hak cipta aplikasi telefon bimbit (akhirnya Google memperkenalkan Nexus
One, salah satu jenis telefon pintar GSM yang menggunakan Android dalam
sistem operasinya. Telefon bimbit ini dihasilkan oleh HTC Corporation
dan terdapat di pasaran pada 5 Januari, 2010).
Pada 9 Disember 2008, diumumkan ahli baru yang menyertai program
kerjasama Android ARM Holdings, Atheros Communications, dihasilkan oleh
Asustek Computer Inc, Garmin Ltd, Softbank, Sony Ericsson, Toshiba Corp,
dan Vodafone Group Plc. Seiring pembentukan Open Handset Alliance, OHA
mengumumkan produk perdana mereka, Android, peranti mudah alih (mobile)
yang merupakan pengubahsuaian kernel Linux 2.6. Sejak Android
dikeluarkan telah dilakukan pelbagai kemas berupa pembaikan bug dan
penambahan ciri baru.
Telefon pertama yang memakai sistem operasi Android adalah HTC Dream,
yang dikeluarkan pada 22 Oktober 2008. Pada penghujung tahun 2009
dianggarkan di dunia ini sekurang-kurangnya terdapat 18 jenis telefon
bimbit yang menggunakan Android.
Android versi 1.1
Pada 9 Mac 2009, Google melancarkan Android versi 1.1. Android versi ini
dilengkapi dengan kemas estetik dalam aplikasi, jam penggera, voice
search (carian suara), penghantaran mesej dengan Gmail, dan notis e-mel.
Android versi 1.5 (Cupcake)
Pada pertengahan Mei 2009, Google kembali mengeluarkan telefon
bimbit dengan menggunakan Android dan SDK (Software Development Kit)
dengan versi 1.5 (Cupcake). Terdapat beberapa kemas kini termasuk juga
penambahan beberapa ciri-ciri dalam telefon bimbit versi ini iaitu
kemampuan merakam dan menonton video dengan mod kamera, memuat video ke
Youtube dan gambar ke Picasa terus dari telefon, sokongan Bluetooth
A2DP, kemampuan disambungkan secara automatik ke alat dengar Bluetooth,
animasi skrin, dan keyboard pada skrin yang boleh disesuaikan dengan
sistem.
Android versi 1.6 (Donut)
Donut (versi 1.6) dikeluarkan pada September 2009 dengan menampilkan
proses carian yang lebih baik berbanding sebelumnya, penggunaan bateri
penunjuk dan kawalan applet VPN. Ciri-ciri lain adalah album yang
membolehkan pengguna untuk memilih gambar yang akan dihapuskan; kamera,
camcorder dan album yang dintegrasikan; CDMA / EVDO, 802.1x, VPN,
Gestures, dan Text-to-speech engine; kemampuan dial kenalan; teknologi
text to change speech (tidak terdapat pada semua telefon; pengadaan
resolusi VWGA.
Android versi 2.0/2.1 (Eclair)
Pada 3 Disember 2009 kembali dilancarkan telefon Android dengan
versi 2.0/2.1 (Eclair), perubahan yang dilakukan adalah pengoptimuman
hardware, peningkatan Google Maps 3.1.2, perubahan UI dengan pelayar
baru dan sokongan HTML5, senarai kenalan(phone contacts) yang baru,
sokongan flash untuk kamera 3 , 2 MP, digital Zoom, dan Bluetooth
2.1.Untuk bergerak cepat dalam persaingan peranti generasi ini, Google
melakukan pelaburan dengan mengadakan pertandingan aplikasi mobile
terbaik (killer apps - aplikasi unggulan). Pertandingan ini berhadiah $
25,000 bagi setiap pemaju aplikasi terpilih. Pertandingan diadakan
selama dua tahap yang tiap tahapnya dipilih 50 aplikasi terbaik.Dengan
semakin berkembangnya dan semakin bertambahnya jumlah telefon Android,
semakin banyak pihak ketiga yang berminat untuk menyalurkan aplikasi
mereka kepada sistem operasi Android. Aplikasi terkenal yang diubah ke
dalam sistem operasi Android adalah Shazam, Backgrounds, dan WeatherBug.
Sistem operasi Android dalam laman Internet juga dianggap penting untuk
mencipta aplikasi Android asli, contohnya oleh MySpace dan Facebook.
Android versi 2.2 (Froyo: Frozen Yoghurt)
Pada 20 Mei 2010, Android versi 2.2 (Froyo) dilancarkan.
Perubahan-perubahan umumnya terhadap versi-versi sebelumnya antara lain
sokongan Adobe Flash 10.1, kelajuan prestasi dan aplikasi 2 hingga 5
kali lebih cepat, intergrasi V8 JavaScript engine yang digunakan Google
Chrome yang mempercepatkan kemampuan rendering pada browser, pemasangan
aplikasi dalam SD Card, kemampuan WiFi Hotspot mudah alih, dan kemampuan
auto update di dalam aplikasi Android Market.
Android versi 2.3 (Gingerbread)
Pada 6 Disember 2010, Android versi 2.3 (Gingerbread) dilancarkan.
Perubahan-perubahan am yang didapati dari Android versi ini antara lain
peningkatan kemampuan permainan (gaming), peningkatan fungsi copy paste,
skrin antara muka (User Interface) direka semula, sokongan format video
VP8 dan WebM, kesan audio baru (reverb, equalization, headphone
virtualization, dan bass boost), sokongan kemampuan Near Field
Communication (NFC), dan sokongan jumlah kamera yang lebih daripada
satu.
Android versi 3.0/3.1 (Honeycomb)
Android Honeycomb direka khusus untuk tablet. Android versi ini
menyokong saiz skrin yang lebih besar. User Interface pada Honeycomb
juga berbeza kerana sudah direka untuk tablet. Honeycomb juga menyokong
multi pemproses dan juga akselerasi (kelajuan) perkakasan (hardware)
untuk grafik. Tablet pertama yang dibuat dengan menjalankan Honeycomb
adalah Motorola Xoom.
Android versi 4.0 (ICS: Ice Cream Sandwich)
Diumumkan pada tarikh 19 Oktober 2011, membawa ciri Honeycomb untuk
smartphone dan menambah ciri-ciri baru termasuk membuka kunci dengan
pengenalan wajah, rangkaian data pemantauan penggunaan dan kawalan,
kenalan rangkaian sosial bersepadu, tambahan fotografi, mencari e-mel
secara offline, dan berkongsi maklumat dengan menggunakan NFC .