Kreatworks workshop yang terletak di Bangkok,
Thailand telah mula menceburi bidang Junk Art ini sejak 10 tahun lalu
dan mereka telah membuat pelbagai junk art untuk di export ke luar
thailand. Mereka hanya menggunakan besi dari kereta dan membentuk besi
tersebut menjadi sebuah struktur yang menarik. Harga untuk satu struktur
yang tinggi 8 kaki boleh mencecah RM20,000.00 setiap satu.
Bahagian kereta yang digunakan adalah dari kereta jenis BMW, Merc,
Nissan, Honda, Toyota dan Isuzu sebab tu kot harga dia mahal sangat.
Rasanya kalau guna body Proton boleh dapat murah kot.Jom layan gambar.
Menara jam
merupakan satu binaan yang amat popular di bina di Malaysia untuk di
jadikan sebagai satu mercu tanda atau bangunan peringatan. Hampir setiap
bandar besar di Malaysia mempunyai menara jam mereka sendiri. Senibina
dan rekabentuknya begitu menarik dan pelbagai dan biasanya di letakkan
di tengah-tengah bandar sama ada di bulatan jalan, di tengah jalan utama
dan di padang atau dataran yang menjadi pusat tumpuan orang ramai.
Kepelbagaian rekabentuk yang menarik seperti senibina Timur Tengah,
India, Cina, Tradisional Melayu, Moden dan Kolonial menunjukkan betapa
uniknya variasi masyarakat di Malaysia. Berikut beberapa lagi menara jam
yang terdapat di Malaysia. Kenali dan nikmati keunikan dan keindahan
senibinanya.
Menara jam di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
Menara jam Medan Pasar, Kuala Lumpur
Jalan Tun Razak, KL
Bandar Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur
Menara jam di Dataran Shah Alam, Selangor
Subang, Selangor
MBPJ, Petaling Jaya, Selangor
Kuala Selangor, Selangor
Menara jam di Sungai Petani, Kedah
Kulim, Kedah
Baling, Kedah
Menara jam Bulatan Tuan Padang di Kota Bharu, Kelantan
Kota Bharu, Kelantan
Birch Memorial Ipoh, Perak
Kampar, Perak
Menara jam di Kuala Kangsar, Perak
Menara jam lama di Taiping, Perak
Lumut, Perak
Sg. Siput, Perak
Menara jam Taman Rekreasi Waterfront di Kuala Terengganu, Terengganu
Menara jam Peringatan Victoria di Georgetown, Pulau Pinang
Wisma Kastam, Pulau Pinang
Menara jam di Dataran Bandaraya di Johor Baru, Johor